Sunday

Pujuk lelaki datang pinang,,?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 Penah jumpe tak pompuan datang pinag laki.banyak dah kot ko skarang asham tuh rasenye.**mcm desperate la plak  Tapi zaman skrang nih okeh je kot.Agak agkla pakwe korunk yang dah berkapel 6 taon tapi pakwe tak datang datang pom pinang si awek..<<haihh jadi andartu la haku asham nih $%^&* bla blaa>> Mungkin hati si lelaki tak terbukak lagi kot nak dtg pinang atau mgkin tunggu 20taon baru nak kawen tak pom sah pkwe kau penakot.haha.


Nih ade haku curik tips dan nak shering is kering dgn koram :


 1. Solat hajat 2 rakaat dan panjatkan doa kepada Allah.(boleh nengok progrem tak manisnye kurma nih di tv9 lupe episod brpe-tetamu ashraf imam mude)

Okeh,mungkin nih tips yang paling utama sebab 17 kali kite bace Al-Fatihah kita sentiasa berikrar “Iyya kana’budu waiyya kanasta’iin”. Hanya ALLAH kita sembah, dan hanya pada ALLAH kita mohon pertolongan. Habis kenapa kita tak minta pada ALLAH apa saja hajat kita? Tunaikanlah solat 2 rakaat, tadah tangan kepadaNya, mengadu dan mintalah pada ALLAH.nabi SAW dah ajar kita bahawa, kalau kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, kerjakanlah solat. Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran…Lihat surah al-Baqarah ayat 45 : “Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”


apabila seseorang itu mengkehendaki sesuatu hajat, samaada hajat duniawi atau hajat ukhrawi, yang berkaitan dengan ALLAH SWT atau dengan manusia, hendaklah dia mengambil wudhuk dengan sempurna, MENDIRIKAN SOLAT 2 rakaat, kemudian memuji ALLAH SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW. Selepas itu berdoalah pada ALLAH SWT mohon hajat diperkenankan.So, mengapa kita tak buat apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan disuruh oleh Nabi SAW ni pada kita?


Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak berjaya, apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Patutkah begitu? Pada saya cara macam tu silap.







2. Ajak jumpe dan kenalkan kekaseh anda tu dekat mak ayah


Mendapat restu orang tua tuh penting tuk menjamin kebahagiaan kite.Cuba tengok apa reaksi dia bila anda cadangkan perkara ini dengan dia. Kalau reaksi dia OK dan macam eksaited jer, maknanya lelaki atau pakwe anda tu serius dengan anda. Kalau dia cuba berhelah dan bagi macam2 alasan, maknanya dia mungkin masih belum bersedia untuk menikahi anda. Atau mungkin juga dia tidak serius dan nak main2 saja dengan anda.sebelum anda memujuk dia masuk meminang, apa-apapun, anda kena pastikan betul-betul dulu adakah lelaki atau pakwe anda tu betul2 serius dalam perhubungannya dengan anda. Kalau dia sendiri tak serius dan hanya nak main2 dengan anda, adakah orang yang macam itu anda harapkan untuk masuk meminang anda??


So, kenalpasti dulu, pada tahap mana lelaki atau pakwe anda tu serius dalam perhubungannya. Kalau dia betul-betul serius, barulah anda boleh pujuk dia. Kalau dia nampak macam nak main2 saja dengan anda, konpem die akan bagi beribu alsan tuk masuk pianang anda tiada gunanya pun anda pujuk dia.. Tinggal je laki camtuh bazir mase jek.kumbang bukan sekor due kan??


Abang..dedi..papa..sayang..hubby...manja..bebi joomla datang jumpe mak ayah saye...


3. Berterus terang je lah .


Luahkan semua perasaan dan rancangan anda pada dia.Kemudian, minta dia luahkan perasaan dan perancangannya pula. Saya yakin, kalau dia betul-betul serius dengan anda, maka dia akan dapat berbincang sesuatu yang positif tentang status perhubungan dan perancangan masa depannya dengan anda. Masa tu, kalau dia kata dia masih belum bersedia, tanya pada dia, agak2 bila dia akan jadi bersedia?  Setidak-tidaknya, anda tahu apa yang dia fikirkan tentang perhubungannya dengan anda.


Apa-apapun, pada saya, yang paling pentingnya sebelum anda pujuk seseorang lelaki tu masuk meminang anda ialah, anda kena tahu setakat mana atau sejauh mana dia serius dalam perhubungannya dengan anda dulu. Kalau dia tak serius dan hanya bertujuan nak main-main dan suka-suka saja dengan anda, maka apa gunanya anda pujuk dia? Kalau mungkin pun ada berjaya pujuk dia, apakah anda akan berasa yakin dan percaya pada dia selepas anda kahwin degnan dia nanti?

Yang penting kife tidak putus putus berdoa dan usaha.jangan doa je tapi mlas nak usaha.




الَّلهُمَّ إِنِّي أُرِيدُ أَن أتَزَوَّجَ ، اللَّهُمَّ فَقَدِّرلِي مِنَ الرِّجَالِ/النِّسَاءِ أَحسَنُهُم خَلقًا وَخُلُقٍا ، وَأَوسَعَهُم رِزقًا ، وَأَعظَمَهُم بَرَكَةً ، وَارزُقنِي وَلَدًا 
طَيِّبٍا تَجعَلُهُ فَخرًا فِي حَيَاتِي وَفَوزًا بَعدَ مَوتِي

"Ya Allah aku ingin berkahwin,Ya Allah tetapkanlah untukku lelaki paling tampan/perempuan paling cantik rupa & akhlaknya,yang paling luas rezeqinya,yang paling banyak berkahnya,dan kurniakanlah aku anak yang baik yang ENGKAU jadikan dia sebagai kebangganku di masa hidupku & keberhasilan setelah kematianku "

-Bye-

.Trime kaseh si chomel.Jangan lupe tinggalkan jejak kaki anda kat bawah =).

0 katekau:

Post a Comment

. Dah bace tuk tinggalkanla jejak tapak kaki tangan lutut anda kat cinie.free jek tak bayar pom .